Solat Sunat TaubatCiaossu~ Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Ciaossu~~

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dengan Allah.. Tidak kira samada dosa besar mahupon dosa kecil.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.


Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)


Solat Sunat Taubat boleh dilakukan samada dua, empat atau enam rakaat (2 rakaat skali salam) pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam (dua pertiga malam) dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Cara Melakukan Solat Sunat Taubat :

1. Niat Solat Sunat Taubat :




2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  Rakaat pertama :   Surah Al-Kafirun  1x
   Rakaat kedua :       Surah Al-Ikhlas  1x


3. Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali :


Tiada Tuhan selaen Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Doa Nabi Yunus)


4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepada-Nya.


b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.


c.  Kemudian bacalah penghulu istighfar sebanyak 5x :


Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


5.  Baca doa taubat :


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

contoh video cara mengerjakan Solat Sunat Taubat.. Terdapat berbezaan didalam bacaan surah selepas bacaan surah Al-Fatihah dan doa taubat..




saya telah memuatnaik text di atas dalam bentuk pdf.. untuk mendownload sila klik gambar di bawah :


untuk mengdownload video di atas sila klik gambar di bawah :




panduan solat sunat taubat ini telah dicopy dari blog 'https://shafiqolbu.wordpress.com'.

Sekian,






Penulis : icez ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Solat Sunat TaubatCiaossu~ Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ ini dipublish oleh icez pada hari Selasa, 3 Mei 2016. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Solat Sunat TaubatCiaossu~ Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
 

0 comments:

Catat Ulasan