Ciaossu~~
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dengan Allah.. Tidak kira samada dosa besar mahupon dosa kecil.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
READMORE
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dengan Allah.. Tidak kira samada dosa besar mahupon dosa kecil.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)